NGO desak PBB hantar misi keamanan ke Gaza

source by :http://dialograkyat.blogspot.com/2014/07/ngo-desak-pbb-hantar-misi-keamanan-ke.html

NGO desak PBB hantar misi keamanan ke Gaza

Wakil Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB), Jabatan Keselamatan dan Sekuriti, Devendra Patel (kiri) ketika menemui Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar, Zafar Ahmad Abdul Ghani di pekarangan Wisma UN, Damansara Heights, hari ini. - FOTO SINAR HARIAN ONLINE-NIZAM ZAIN
Wakil Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB), Jabatan Keselamatan dan Sekuriti, Devendra Patel (kiri) ketika menemui Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar, Zafar Ahmad Abdul Ghani di pekarangan Wisma UN, Damansara Heights, hari ini. – FOTO SINAR HARIAN ONLINE-NIZAM ZAIN

DAMANSARA HEIGHTS – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) didesak bertindak segera dengan menghantar misi keamanan ke Semenanjung Gaza untuk menguatkuasakan gencatan senjata dan memantau penyalahgunaan hak asasi manusia.

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar (Merhrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani menegaskan, langkah itu perlu bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin tidak berdosa dalam siri serangan udara yang dilancarkan tentera Israel sejak minggu lalu.

Zafar Ahmad mendakwa, UN semakin kehilangan mandatnya apabila Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon terpaksa merayu kepada kerajaan Israel dan Palestin untuk gencatan senjata sedangkan perkara itu tidak berlaku.

“Ia jelas menunjukkan UN hilang mandatnya untuk memberi jaminan keselamatan kepada negara ahlinya.

“Kita mempunyai pelbagai undang-undang, deklarasi dan sumber untuk menyelamatkan mereka yang tidak berdosa ini daripada siri pembunuhan beramai-ramai,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Wisma UN, di sini, hari ini.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil PBB, Jabatan Keselamatan dan Sekuriti, Devendra Patel yang memberi jaminan perkara itu akan diberi perhatian serius.

NGO itu mengemukakan lapan bantahan dan gesaan kepada PBB supaya isu keganasan dan kezaliman di Palestin mendapat tindakan segera.

Antaranya PBB digesa supaya memastikan pasukan perubatan dari luar dibenarkan memasuki Gaza tanpa sekatan.

Selain itu, NGO itu juga mendesak negara sekutu Israel supaya menghentikan bantuan ketenteraan dan kewangan serta-merta sehinggalah tentera Zionis itu menghentikan pembunuhan penduduk Palestin.

NGO itu juga menggesa negara ahli PBB supaya memboikot semua produk keluaran Israel sekaligus dalam menghentikan pembunuhan itu.

Di samping itu, Pertubuhan Negara Pengeskport Petroleum (Opec) juga didesak menghentikan serta-merta aktiviti mengesksport minyak ke negara sekutu Israel sehingga gencatan senjata dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, semua negara juga digesa menghentikan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan Israel serta membebaskan rakyat Palestin yang dipenjara.

Kemuncaknya ialah mengenakan pendakwaan terhadap bekas dan Perdana Menteri Israel di atas jenayah pembunuhan beramai-ramai.

“Mereka mesti dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana membunuh penduduk Palestin dan melakukan jenayah melanggari hak kemanusiaan,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: