MERHROM gesa PBB hantar badan penyiasat

KUALA LUMPUR 4 Mei – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa menghantar sebuah badan penyiasat bebas untuk menyiasat sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi di sebuah kem dekat Songkhla, Thailand.

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani (gambar) berkata, badan tersebut perlu telus dan mendedahkan laporan siasatan untuk tindakan selanjutnya.

“Kami amat sedih dengan penemuan lebih 30 mayat termasuk Rohingya di Sadao, Thailand. Sejak beberapa tahun lalu, Thailand memberi layanan buruk kepada etnik Rohingya yang mencari perlindungan di negara itu. Kami dilayan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) dan diusir ke Myanmar.

“Kami pencari suaka yang melarikan diri daripada pembunuhan kaum oleh kerajaan Myanmar dan harus diberi layanan baik sebagai pemohon suaka mengikut undang-undang antarabangsa.

“Kami percaya pihak berkuasa Thailand turut terlibat dalam kes pemerdagangan manusia namun tiada tindakan diambil oleh kerajaan negara itu untuk menangani masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Portal Bangkok Post melaporkan beberapa rakyat Malaysia didakwa menjadi anggota sindiket pemerdagangan manusia yang terbabit dalam pen­deraan ke atas sekurang-kurangnya 800 pendatang asing yang ditahan di sebuah kem yang dibina oleh sindiket itu di kawasan hutan terpencil di selatan Thailand dekat sempadan Malaysia.

Perkara itu didedahkan oleh dua remaja, yang ditemui oleh pihak berkuasa Thailand di sebuah hutan terpencil dekat kem tersebut yang mendakwa kem tersebut digunakan oleh sindiket terbabit untuk menahan mangsa pemerdagangan manusia.

Mengulas lanjut, Zafar Ahmad juga menyeru kerajaan Thailand mendakwa semua pesalah termasuk pegawai kerajaan yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia.

Dalam pada itu, beliau menggesa negara-negara ASEAN bersama Myanmar segera campur tangan menghentikan pendakwaan terhadap etnik Rohingya dan mengiktiraf mereka sebagai warganegara.

Katanya, etnik Rohingya di Myanmar menghadapi pembunuhan kaum secara berterusan daripada kerajaan negara itu namun tiada penyelesaian terbaik diambil oleh negara ASEAN dan PBB.

“Inilah masanya negara anggota ASEAN harus berunding dengan kerajaan Myanmar untuk menghentikan sebarang tindakan kasar yang melanggari hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya.

“Kami kecewa kerana nasib masyarakat Rohingya tidak dibincangkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang diadakan minggu lalu. Isu Rohingya bukan hanya merupakan masalah dalaman kerajaan Myanmar tetapi melibatkan ASEAN yang memerlukan penyelesaian segera,” katanya.

sources by http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/merhrom-gesa-pbb-hantar-badan-penyiasat-1.87961

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/merhrom-gesa-pbb-hantar-badan-penyiasat-1.87961#sthash.Kgql7R7E.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: