Derita setiap hari

Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Siapa yang tidak sedih apabila setiap hari menatap gambar saudara seagama di kampung halaman yang berterusan diseksa oleh tentera tanpa belas kasihan.

“Baru semalam ada rakan di sana berkongsi kisah dua remaja belasan tahun menjadi mangsa rogol pelampau agama yang masuk ke kampung dan memukul penduduk. Apa lagi yang boleh kami di sini lakukan selain memohon doa,” kata Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani.

Menurutnya, cerita itu tidak berakhir di situ kerana selepas menjadi ‘habuan’ nafsu, remaja berkenaan ditinggalkan begitu saja sehingga akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan teruk selepas dipukul.

Katanya, setiap hari komuniti Rohingya di Malaysia mengikuti perkembangan ahli keluarga menerusi perkongsian berita di laman sosial dan berharap penderitaan itu berakhir dalam tempoh segera.

Menurutnya, selepas beberapa kampung dibakar pelampau dan tentera sejak beberapa minggu lalu, ada yang pulang ke rumah untuk mengambil sisa barangan namun tidak banyak yang dapat dilakukan kerana ianya musnah sama sekali.

“Sekarang mereka pun tidak tahu ke mana nak pergi kerana rumah pun tidak ada. Nyawa pun terancam kerana penyerang ada di mana-mana memerhati tindak-tanduk orang muslim,” katanya kepada Harian Metro.

Zafar berkata, pada masa ini, MERHROM bekerjasama dengan beberapa pertubuhan Rohingya lain untuk menghulurkan bantuan kepada sanak-saudara di Arakan.

Katanya, mengetahui sumbangan sukar disampaikan secara terus, dia berharap kerajaan Malaysia menggunakan pengaruh sedia ada untuk menggesa Myanmar menghentikan operasi pembersihan etnik di sana.

“Daripada ada kampung sehinggalah ke kem penempatan, kami tidak tahu bagaimana nasib mereka di sana. Semoga mereka mampu bertahan sehinggalah bantuan antarabangsa tiba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin berkata, masyarakat awam perlu menzahirkan kegusaran mereka terhadap siri terbaru konflik di Arakan khususnya Maungdaw untuk menekan ASEAN.

Katanya sekiranya tekanan diberikan secara berterusan, maka kerajaan dan misi diplomatik negara asing akan mendapat isyarat kemarahan dunia sekali gus menekan ASEAN untuk tampil bertindak.

“CENTHRA juga menggesa Suruhanjaya Bebas dan Tetap Hak Asasi Manusia OIC (IPHRC) mengambil tindakan segera mendesak OIC menghantar pasukan pengaman bebas bagi memastikan kekejaman dapat dihentikan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 10:14 AM
Source by: http://www.hmetro.com.my/node/185121
Advertisements
By Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia ( MERHROM) Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s