‘Apa nak jadi, jadilah’ kata PM

Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau akan hadir pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, esok, walaupun dibantah Kerajaan Myanmar.

Perdana Menteri berkata, kehadirannya sebagai isyarat bahawa Malaysia mempertahankan nilai kemanusiaan dan universal.

“Kezaliman ke atas umat Islam Rohingya bukan tindakan yang boleh diterima oleh Komuniti ASEAN.

“Apa nak jadi, jadilah kita tetap pertahankan pendirian kita,” tegas beliau ketika sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC, hari ini.

Wisma Putra, semalam, secara tegas membantah kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay, yang meminta agar Malaysia tidak campur tangan dalam hal dalaman negara itu.

Ia susulan laporan yang mengatakan Najib Razak akan menghadiri tunjuk perasaan besar-besaran membantah keganasan di wilayah Rakhine.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, Kementerian Luar memandang berat krisis kemanusiaan yang berlaku di Rakhine.

Selain bimbang ia memberi kesan limpahan yang akan menjejaskan keselamatan dan kedudukan Malaysia, sebagai negara jiran ASEAN.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 6:45 PM
Source by: http://www.hmetro.com.my/node/186502
Advertisements
By Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia ( MERHROM) Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s