Suu Kyi cuba selamatkan diri

Suu Kyi cuba selamatkan diri

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi perlu berhenti mencari alasan menyelamatkan diri de­ngan melemparkan pelbagai fitnah terhadap etnik Islam Rohingya malah tindakannya yang memburukkan etnik itu menun­jukkan beliau sangat terdesak dalam mencari jalan untuk menutup kesilapan sendiri.

Zafar Ahmad Abdul Ghani
Zafar Ahmad Abdul Ghani

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, Suu Kyi tidak berhak menggelar etnik Islam Rohingya sebagai pembe­rontak sedangkan apa yang dila­kukan oleh tentera Myanmar terhadap Islam Rohingya sebenarnya jauh lebih teruk daripada apa yang dapat dibayangkan oleh masyarakat dunia.

“Begitu senang beliau melemparkan tuduhan seperti itu. Apabila kami cuma membela diri, beliau tuduh Islam Rohingya sebagai pemberontak dan pengganas. Sekiranya benar apa yang didakwa, apa bezanya antara kami dengan apa yang dilakukan oleh tentera Myanmar?

“Kekejaman Myanmar sangat jelas, membunuh, merogol dan menafikan hak kami. Kenapa kami perlu berdiam diri sekiranya kami terus ditindas? Pastinya kami tidak akan menyerah dan membiarkan mereka membunuh dan menindas dengan sesuka hati,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Zafar Ahmad mengulas laporan agensi berita Reuters bahawa Suu Kyi merayu kepada dunia supaya memahami kerumitan yang dihadapi oleh negaranya itu dan mendakwa operasi ketente­raan dilancarkan sebagai serangan balas oleh tentera Myanmar terhadap serangan yang dibuat oleh pemberontak Islam (etnik Ro­hingya) sebelum ini.

Menurut Zafar Ahmad, beliau yakin masyarakat dunia bijak dan boleh menilai kenyataan Suu Kyi dan yakin mereka tidak akan mempercayai kenyataan seorang yang berhati kejam dan pandai bermuka-muka seperti yang dibuktikan oleh wanita tersebut ketika ini.

“Lihat sahaja perwatakannya dahulu. Beliau yang kami kenali sangat baik ketika itu tetapi kini berubah setelah mengecapi apa yang diimpikannya. Pada hari ini apabila banyak pihak membantu kami, Suu Kyi mula risau dan mencari helah baharu untuk menyelamatkan diri.

“Tindakannya yang mula memfitnah jelas menunjukkan beliau kini mula takut dengan sokongan yang diterima oleh Rohingya. Pastinya beliau resah apabila ada negara yang menentang kekejaman Myanmar dan ia memberikan tekanan terhadap­nya,” tegas beliau lagi.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia Kedah, Yusof Ali berkata, , memang benar terdapat etnik Rohingya yang bertindak menyerang pos-pos polis pada Oktober lalu seperti yang didakwa pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu.

“Saya tidak menafikan terdapat segelintir etnik Rohingya yang menyerang pos-pos polis tetapi itu adalah tindak balas kepada kekejaman tentera Myanmar bersama militan Rakhine Buddhis ke atas orang Rohingya sejak 2012.

“Sudah lama kami bersabar dengan penindasan yang dilakukan mereka tetapi kebelakangan ini, mereka semakin kejam sehingga membakar kampung dan membiarkan orang tua, wanita dan kanak-kanak yang tidak dapat menyelamatkan diri mati (terbakar).

“Kami (etnik Rohingya) bukan pemberontak Islam seperti yang dilabelkan Suu Kyi tetapi kami mahukan keadilan dan mahu kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya dihentikan segera,” katanya.

– See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/suu-kyi-cuba-selamatkan-diri-1.416891#sthash.IErzdaPd.dpuf

Advertisements
By Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia ( MERHROM) Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s