Rindu ayam goreng ibu

Siti Fatimah Hassan dan Fazurawati Che Lah
am@hmetro.com.my

 

Cheras: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri, itu peribahasa sesuai untuk kehidupan eorang pelarian etnik Rohingya, Zafar Ahmad Abdul Ghani, 43, yang tetap merindui kampung halamannya di Buthidung, Myanmar.

Biarpun hampir 24 tahun menetap di Malaysia, perasaan rindu masih menebal terutama mengenangkan ibu bapa serta adik beradik di kampung halaman apatah lagi sekarang masyarakatnya sedang ditindas.

Katanya, dia merindui pulut dan ayam goreng masakan ibunya, malah dua menu itu antara yang terakhir dijamah kerana ia dibekalkan ibunya ketika dia melarikan diri dari Myanmar.

“Saya masih mahu pulang ke negara asal jika suatu hari nanti ditakdirkan Myanmar sudah aman, saya masih ada keluarga dan adik beradik yang sudah lama dirindui.

“Jauh mana pun saya pergi, Myanmar masih di hati kerana di negara itu saya dilahirkan dan dibesarkan sehingga umur 17 tahun,” katanya.

Menurut Zafar, dia sudah berkeluarga dan memiliki tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun hasil perkahwinan dengan rakyat Malaysia dan kini hidupnya semakin selesa dan memiliki perniagaan kedai runcit bersama isterinya.

Menceritakan pengalamannya, Zafar berkata, banyak pengalaman perit dilaluinya sebelum tiba di Malaysia apabila dia antara orang yang dikehendaki kerajaan Myanmar kerana menjadi seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang lantang menuntut hak asasi etnik Rohingya.

“Saya dipukul dan dikurung di sebuah bilik gelap oleh tentera Myanmar kerana kelantangan bersuara menuntut hak rakyat Rohingya.

“Tapi, syukur saya melarikan diri. Dengan berbekalkan sedikit wang, saya nekad berhijrah ke Malaysia melalui Thailand pada 1992.

“Tetapi, ia tidak semudah itu apabila saya juga 15 kali ditangkap pihak berkuasa negara ini kerana tidak memiliki dokumen diri, tetapi kerajaan Malaysia prihatin dengan membantu saya mendapatkan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya.

Zafar yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (MERHROM) berkata, sebelum berkahwin, pelbagai pekerjaan dilakukannya untuk menyara hidup dan pekerjaan pertamanya di sebuah kilang kitar semula di Klang.

Katanya kini perniagaan kedai runcitnya semakin berkembang dan diterima penduduk setempat yang tidak pernah meminggirkan dirinya.

Katanya kedai runcitnya menjual barangan basah dan kering dibuka sejak lapan tahun lalu di lot kedai sebuah apartmen dekat Taman Cheras Utama.

“Banyak dugaan dilalui kerana taraf saya sebagai warga Rohingya, mujur keluarga isteri banyak membantu menguruskan kedai runcit termasuk meminjam wang untuk modal membeli barang.

“Dulu saya naik motosikal pergi beli barang niaga, kerana kasihan ibu mentua menyuruh saya membayar keretanya bernilai RM4,000 untuk urusan niaga.

“Alhamdulillah selepas banyak dugaan dilalui, kedai runcit ini semakin diterima baik masyarakat Rohingya di sini dan penduduk setempat,” katanya.

Selain sibuk menguruskan kedai runcitnya, Zafar yang juga aktif dalam bidang khidmat komuniti sosial etnik Rohingya di Malaysia.

Menurutnya ketiadaan dokumen sah dari kerajaan Malaysia menyebabkan pergerakan rakyat itu terbatas di negara ini khususnya untuk menyara kehidupan, mencari pekerjaan dan pendidikan.

“Saya memohon kerajaan Malaysia memberi dokumen sah bagi membolehkan rakyat Rohingya bergerak bebas sedikit seperti memiliki lesen kenderaan dan paling utama membenarkan anak mendapatkan pendidikan.

“Disebabkan ketiadaan dokumen sah, kami sukar mencari kerja. Dan kerana itu juga ada rakyat Rohingya melanggar undang untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Jelas Zafar lagi, jika diberikan peluang dia mahu melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi dalam bidang sains politik yang tertangguh ketika beliau di Myanmar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2016 @ 8:57 AM
Source by: http://www.hmetro.com.my/node/188244
Advertisements
By Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia ( MERHROM) Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s