Malaysia serius selesaikan konflik

Malaysia serius selesaikan konflik

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Kesungguhan Malaysia memperjuangkan hak asasi kemanusiaan etnik Rohingya yang dicabuli oleh Myan­mar di bawah kepemimpinan Aung San Suu Kyi merupakan satu usaha yang wajar dipuji.

ZAFAR AHMAD ABDUL GHANI

 

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, penderitaan yang ditanggung oleh ­etnik Rohingya sejak 1962 berjaya dikaburi oleh Myanmar sehingga tiada satu pun kuasa dunia sedar betapa seriusnya isu pencabulan hak asasi manusia di sana.

Katanya, tindakan Malaysia yang menyatakan bantahan secara terang-terangan terhadap kekejaman Myanmar dilihat berjaya memberi tamparan kepada badan-badan dunia su­paya tidak memandang enteng mengenai isu tersebut.

“Tidak pernah ada mana-mana Perdana Menteri dan menteri tertinggi sesebuah negara turun padang bagi menyertai sendiri perhimpunan aman dan solidariti bagi membantah kekejaman kepada etnik Rohingya, namun fenomena tersebut berlaku di bumi bertuah ini.

“Jelaslah segala usaha yang dilakukan oleh Malaysia bukan satu perkara yang boleh dianggap bersikap hangat-hangat tahi ayam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan suara dan keprihatinan masyarakat Malaysia perlu dizahirkan dalam bentuk tindakan demi membantu etnik minoriti Islam Rohingya yang menjadi mang­sa kezaliman tentera Myanmar.

Tambah Ahmad Zahid, walaupun Malaysia sebuah negara kecil, namun suaranya perlu besar untuk memastikan masyarakat yang kini berhadapan dengan peng­hapusan etnik di Wi­layah Rakhine diberi pem­belaan sewajarnya.

Sementara itu, Pe­ngerusi Jawatankuasa Etnik Rohingya Arakan (ERCA) Malaysia. Mohd. Rafique Khairul Bashar memberitahu, tindakan Malaysia dianggap menjadi titik permulaan kepada ke­­bangkitan negara-negara dunia seperti Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Turki untuk sama-sama mengecam kekejaman tentera Myanmar.

“Memang ada negara lain yang menyuarakan bantahan mereka terhadap kekejaman Myanmar kepada Rohingya, namun tidak disertakan tindakan susulan.

“Namun, keadaan tersebut berbeza di Malaysia yang selain me­nyatakan secara terang-terang­an bantahan terhadap kekejaman Myanmar, rakyat negara ini juga tampil me­nganjurkan perhim­punan aman bagi menunjukkan solidariti sokong­an kepada masyarakat Rohingya. Teri­ma kasih Malaysia,” katanya.

 

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-serius-selesaikan-konflik-1.419987#sthash.ohUOhWZg.dpuf

Advertisements
By Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia ( MERHROM) Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: