Bantuan kepada etnik Rohingya tak sampai

Bantuan kepada etnik Rohingya tak sampai

Oleh Nadia Hamid nnadia@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Banyak bantuan, termasuk dari Malaysia tidak sampai kepada etnik Rohingya dan ada antaranya, dirampas kerajaan Myanmar.

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani, berkata kebanyakan bantuan disalurkan pihak luar tidak diagihkan kepada umat Islam di sana.

PRESIDEN Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani. – Foto Saifullizan Tamadi

“Kerajaan menggunakan pelbagai cara untuk menyekat, sekali gus menindas umat Islam Rohingya,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kutipan Forum Antarabangsa Rohingya Stop Genocide, di sini.

Pada majlis yang dihadiri wakil 20 negara Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), kira-kira RM5,000 diagihkan kepada Food Flotilla For Myanmar’, manakala Tabung Rohingya Media Prima dan Tabung Rohingya Utusan – TH, masing-masing menerima RM3,200.

Presiden DMDI, Tan Sri Mohd Ali Rustam, berkata DMDI dan Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) akan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam lain menghantar bantuan ‘Food Flotilla For Myanmar’ kepada etnik Rohingya, Januari ini.

Beliau berkata, usaha berkenaan sebagai tanda menyokong dan memperjuangkan nasib saudara seakidah di Arakan, Myanmar itu dan menghentikan kezaliman terhadap negeri Rakhine.

“Sebanyak 1,000 tan makanan, bantuan perubatan, kit kebersihan dan barangan keperluan harian akan disalurkan kepada etnik Rohingya bersama-sama Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M).

“Kita berharap bantuan itu dapat disampaikan kepada masyarakat Islam di sana.

“Jika perlu, kita akan tubuhkan DMDI di Myanmar atau Bangladesh segera untuk membantu selesaikan masalah ini,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/226001

Advertisements
By Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia ( MERHROM) Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s