KEJAM, BANYAK BANTUAN PADA ROHINGYA TIDAK SAMPAI

KEJAM, BANYAK BANTUAN PADA ROHINGYA TIDAK SAMPAI

Berikutan krisis yang berlaku pada umat Islam Rohingya, boleh dikatakan banyak negara serta badan-badan tertentu tampil menghulurkan bantuan dalam belbagai bentuk termasuklah wang, makanan, keperluan harian dan sebagainya.

Namun, apa yang menjadi persoalannya kini adalah kebanyakkan sumber bantuan yang cuba disalurkan tidak sampai pada pihak yang sepatutnya. Dalam erti kata lain, ada antaranya dirampas oleh kerajaan Myanmar sendiri.

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani, berkata kebanyakan bantuan disalurkan pihak luar tidak diagihkan kepada umat Islam di sana.

“Kerajaan menggunakan pelbagai cara untuk menyekat, sekali gus menindas umat Islam Rohingya,” katanya.

Presiden DMDI, Tan Sri Mohd Ali Rustam pula berkata DMDI dan Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) akan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam lain menghantar bantuan ‘Food Flotilla For Myanmar’ kepada etnik Rohingya, Januari ini.

Tambah beliau, usaha berkenaan sebagai tanda menyokong dan memperjuangkan nasib saudara seakidah di Arakan, Myanmar itu dan menghentikan kezaliman terhadap negeri Rakhine.

“Sebanyak 1,000 tan makanan, bantuan perubatan, kit kebersihan dan barangan keperluan harian akan disalurkan kepada etnik Rohingya bersama-sama Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M).

“Kita berharap bantuan itu dapat disampaikan kepada masyarakat Islam di sana. “Jika perlu, kita akan tubuhkan DMDI di Myanmar atau Bangladesh segera untuk membantu selesaikan masalah ini,” katanya.

Source by: https://www.wanista.com

Advertisements
By Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia ( MERHROM) Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s