Rohingya bela nasib sendiri melalui Majlis Rohingya Malaysia

ORANG ramai hadir ke Persidangan Khas Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan di Dewan FELCRA di Kuala Lumpur, sebentar tadi. – Foto Halimaton Saadiah

KUALA LUMPUR: Majlis Rohingya Malaysia (MRM) mengukir sejarah hari ini, apabila menganjurkan Persidangan Khas Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan bagi memperkasakan nasib etnik pelarian dari barat Myanmar itu di negara ini.

Ia adalah persidangan yang julung kalinya menyaksikan etnik pelarian itu memilih wakilnya di bawah jawatankuasa khas melalui MRM, yang juga badan gabungan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Rohingya di negara ini.

Seramai 200 pelarian Rohingya dari seluruh Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak, hadir pada persidangan khas itu untuk memilih barisan Jawatankuasa Khas Rohingya MRM.

Pengerusi Majlis Penasihat Kebangsaan MRM yang juga bekas wakil khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata persidangan hari ini adalah langkah pertama menyatukan komuniti Rohingya di Malaysia.

Katanya, MRM adalah wadah penyatuan NGO Malaysia berkaitan Rohingya, untuk memperkasakan golongan pelarian terbabit di Malaysia dalam aspek pembangunan sosioekonomi dengan 11 bidang perkhidmatan dikenal pasti.

“Ini adalah langkah pertama satukan (NGO) Rohingya. Kita mahukan semua pertubuhan bekerjasama untuk membantu sesama lain untuk membantu komuniti Rohingya.

“Bila bergabung, suara kita lebih mantap untuk disampaikan kepada kerajaan dan bila kita berurusan dengan NGO antarabangsa dan agensi antarabangsa, termasuk agensi PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya selepas merasmikan Persidangan Khas Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan MRM di Dewan FELCRA di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Kebangsaan MRM, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman; Ahli Majlis Penasihat Kebangsaan MRM, Tan Sri Jeneral (B) Azumi Mohamad; Pengerusi Majlis Kehormat Kebangsaan MRM, Mohd Nazri Sahat yang juga Presiden Penggerak Malaysia dan Pengerusi Eksekutif MRM Kebangsaan, Datin Rohani Md Ariff.

MRM yang ditubuhkan pada 31 Oktober tahun lalu, mempunyai lima peringkat jawatankuasa iaitu Majlis Penaung diketuai Menteri Dalam Negeri dengan dianggotai Menteri-menteri besar dan Ketua-ketua menteri; Majlis Penasihat Kebangsaan; Majlis Kehormat; Majlis Eksekutif dan Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan yang dianggotai wakil etnik komuniti itu.

“Kita alu-alukan kesemua NGO berkaitan Rohingya menyertai MRM. Sasaran kita adalah 100 NGO dalam Majlis Rohingya menjelang hujung tahun ini,” kata Syed Hamid yang juga bekas Menteri Luar.

Sementara itu, Nazri berkata, ini adalah kali pertama pemilihan jawatankuasa khas membabitkan wakil Rohingya di Malaysia di bawah MRM dengan tanggungjawab utama jawatankuasa dilantik adalah mengumpulkan data pelarian Rohingya di negara ini dalam tempoh enam bulan sebelum program dijalankan.

“Jawatankuasa ini penting untuk berkomunikasi dengan komuniti Rohingya di Malaysia. Mereka akan pergi dari rumah ke rumah (untuk mengumpulkan data pelarian),” kata Nazri menegaskan MRM tidak diterajui mana-mana NGO khusus.

Pertubuhan bukan kerajaan menganggarkan ada 150,000 pelarian Rohingya di negara ini dengan angka terkini Suruhanjaya PBB Mengenai Pelarian (UNHCR) Malaysia merekodkan 75,000 etnik Rohingya dan Myanmar Muslim sebagai pelarian.

By: https://www.bharian.com.my

Advertisements
By Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia ( MERHROM) Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s