ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA,

source by merhrom:

01 APRIL 2020

 ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA,

 BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM. ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KEPADA ALLAH.

SAYA ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI, PRESIDEN MYANMAR ETHNIC ROHINGYA HUMAN RIGHTS ORGANIZATION MALAYSIA (MERHROM). SAYA MAHU MENASIHATKAN SEMUA PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA SUPAYA MEMATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BAGI MENGHAPUSKAN WABAK COVID 19 YANG SEMAKIN MENINGKAT.

KITA PERLU BERADA DI RUMAH DAN MEMASTIKAN ANAK-ANAK TIDAK BERMAIN DI LUAR RUMAH. KITA PERLU MENGGUNAKAN PENUTUP MUKA DAN MENJAGA JARAK DENGAN ORANG LAIN JIKA MEMBELI BARANG KEPERLUAN. SETELAH PULANG KE RUMAH, KITA MESTI MEMBERSIHKAN DIRI TERLEBIH DAHULU SEBELUM MELAKUKAN PERKARA LAIN.

SEJAK PKP DI KUATKUASAKAN, SEHINGGA KINI MERHROM KEBANGSAAN DAN NEGERI TELAH MENERIMA BERIBU-RIBU PANGGILAN DARIPADA PELARIAN ROHINGYA DI SELURUH MALAYSIA  YANG MEMINTA PERTOLONGAN KHUSUSNYA BARANG KEPERLUAN DAPUR.

DENGAN ITU, AHLI JAWATANKUASA MERHROM DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN NEGERI TELAH MENGAMBIL INISIATIF MEMBERI BANTUAN KECEMASAN KEPADA KELUARGA ROHINGYA YANG MEMERLUKAN.

SEHINGGA 31 MAC 2020, AHLI JAWATANKUASA MERHROM KEBANGSAAN DAN NEGERI TELAH MEMBERI BANTUAN KECEMASAN KEPADA KIRA-KIRA 600 KELUARGA ROHINGYA DI BEBERAPA NEGERI. JUMLAH INI TERLALU KECIL BERBANDING HAMPIR 200,000 PELARIAN ROHINGYA YANG BERLINDUNG DI SINI.

MERHROM TIDAK MENERIMA DANA DARIPADA MANA-MANA PIHAK. JADI, KEMAMPUAN KAMI UNTUK MEMBANTU ADALAH SANGAT TERHAD. KAMI AMAT BERHARAP SUPAYA UNHCR DAN AGENSI ANTARABANGSA DAPAT MEMBERI BANTUAN SEGERA KEPADA KELUARGA PELARIAN YANG MEMERLUKAN.

MERHROM JUGA TELAH MENERIMA BANYAK PANGGILAN DARIPADA PELARIAN ROHINGYA DARI KEM PELARIAN COX’S BAZAR  YANG MEMINTA BANTUAN.

DENGAN ITU, KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN SEMUA PIHAK TERUTAMANYA UNHCR DAN AGENSI ANTARABANGSA BAGI MEMBANTU PELARIAN ROHINGYA YANG MEMERLUKAN SAMA ADA DI MALAYSIA ATAU DI COX’S BAZAR.

DALAM KEADAAN YANG PENUH MENCABAR INI SAYA MENYERU MASYARAKAT ROHINGYA AGAR SALING MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN. SEKIRANYA TIDAK MAMPU SILA BERHUBUNG DENGAN KETUA ROHINGYA DI KAWASAN MASING MASING SUPAYA KITA DAPAT MENCARI JALAN MEMBANTU MEREKA.

HASIL DARIPADA RAYUAN MERHROM BAGI MEMBANTU PELARIAN ROHINGYA, KAMI TELAH MENERIMA SEDIKIT BANTUAN DARIPADA BEBERAPA INDIVIDU YANG PRIHATIN. KAMI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU TERSEBUT DAN BERHARAP LEBIH RAMAI YANG AKAN MEMBANTU.

TIDAK LAMA LAGI KITA AKAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. KAMI BERHARAP KITA DAPAT BERPUASA SEPERTI DULU. JIKA PKP MASIH BERTERUSAN KAMI MEMOHON BANTUAN DARI PIHAK YANG BERKENAAN KHUSUSNYA NEGARA NEGARA OIC.

SAYA UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PERDANA MALAYSIA, AHLI JEMAAH MENTERI, KEMENTERIAN KESIHATAN, PDRM, ANGKATAN TENTERA, RELA, DAN AGENSI-AGENSI PENGUATKUASA YANG LAIN, SERTA MEREKA YANG TERLIBAT KERANA TELAH BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENGHENTIKAN  WABAK COVID 19.

MERHROM TELAH MENDAPAT KERJASAMA YANG SANGAT BAIK DARIPADA SEMUA AGENSI KERAJAAN DALAM USAHA MENGHAPUSKAN WABAK INI.

AKHIR SEKALI SAYA MENDOAKAN SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI DARI WABAK INI DAN KEMBALI MENERUSKAN HIDUP DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN KESYUKURAN.

 PLEASE STAY AT HOME

TERIMA KASIH SEMUA

TERIMA KASIH MALAYSIA

 

Zafar Ahmad Bin Abdul Ghani

Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM)

Tel No: +6016-6827 287

Blog: www.merhrom.wordpress.com

Email: rights4rohingya@yahoo.co.uk

Email: rights4rohingyas@gmail.com

https://www.facebook.com/zafar.ahmad.

https://twitter.com/merhromZafar

By Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia ( MERHROM) Posted in Uncategorized

2 comments on “ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA,

  1. Bismillahirohmannirrohim .Assalamulaikum Mr Zafar.I am a Malaysian and you and the rest of your countrymen are NOT MALAYSIAN.YOU ARE ROGHINYA from Mynmar.We all Malaysian for your information are tired and fedup and angry with you and the rest of Mynmar Roghinya.We the Rakyat Malaysia feed you and shelter people like you because of sympathy nothing more then that.We don’t want you and the rest of Roghinyas even with UNHCR status and card.We cannot accept roghinyas to be in Malaysia forever and Nauzubillah to allow roghinyas like you and your people to become part of we ,citizen of Malaysia.You and the rest of roghinyas can go to Kuwait,Qatar,UAE,Jordan,Saudi Arabia, and many other countries but instead you come to Malaysia.We Malaysian can tolerate for temporary but now we are NOT WELCOMING YOU AND OTHER ROHINYAS TO MALAYSIA.Your boat refugee came to Malaysia after paying thousands of dollars per person to syndicate operators with having connection between roghinyas at Mynmar and roghinyas agent whom you know very well in Malaysia.Many roghinyas illegals in Malaysia send messages via Whatapp,Twitter,Facebook,Telegrams ti their families and friends at Coc Bazar and at Mynmar and ask them can come anytime to Malaysia.Now,let me tell you ZAFAR.We are fedup with our good intentions that you and your people has thouught that you all can now become Malaysian.NO and NO.We Malaysian hate and want you and your people to go somewhere else to many other countries.I and many other NGO has agreed to petition to KDN and PM that your stay with your Mynmar Roghinyas in Malaysia is over.Like a contract that start and ending.Now is the ending .You Roghinyas did little to appreciate we Malaysian and the time has come now to an end for roghinyas in Malaysia.This 2020 year until 2021 we every Malaysian citizen with many NGO will advise our Malaysian government to send out back roghinyas to other UNHCR listed countries and accept you and other roghinyas NOT ACCEPTED ANYMORE IN MALAYSIA.So zafar ,start inform your roghinyas people that we every Malaysian don’t want to host the roghinyas anymore in Malaysia.Please go to other countries.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s